Monday, April 30, 2012

Khasiat Pati Delima Gulsan

Kawan2 TTC pernah cuba pati delima ni tak???

Jom kita baca .... 


Khasiat Pati Delima:
  • Melancarkan peredaran darah
  • Melancarkan proses penghadaman
  • Membersihkan sistem perkumuhan
  • Membantu menyingkirkan kolestrol berlebihan dalam darah (melangsingkan badan)
  • Mampu menyingkirkan asid urik daripada sendi badan (mencegah penyakit gout)
  • Mengelak daripada rasa mual (ketika hamil), melegakan pening dan meningkatkan kecergasan tubuh badan terutama untuk ibu mengandung
  • Memelihara dan mengekalkan keseimbangan hormon dalam badan ketika haid
  • Menegangkan payu dara
  • Sesuai dijadikan sebagai ubat batuk
  • Merapat dan menyuburkan rahim
  • Mampu menurunkan kadar/paras glukosa/gula dalam darah (baik untuk pesakit kencing manis)
  • Mencegah serangan angin ahmar bagi warga tua
  • Mampu megurangkan risiko penyakit jantung
  • Melancarkan fungsi buah pinggang
  • Mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mencerdaskan minda kanak-kanak
  • Lain-lain khasiat berguna untuk merawat penyakit-penyakit ringan seperti demam panas, cirit-birit serta kegunaan kecantikan yang mampu memutihkan kulit.
Buah Delima, seperti yang diketahui umum merupakan ciptaan Allah Maha Besar yang memberi banyak manfaat kepada manusia.

kalau kawan2 TTC berminat, boleh hubungi saya:


(010-4344834)

Sebotol hanya RM 15 sahaja

Penghantaran Poslaju : RM8




(Jika anda ahli ICTRBA, diskaun akan diberikan)



Salam TTC....






Cik P mai la plak....

Harini hari kedua Cik P mai....
Cik P mai ngam-ngam 31 hari cycle aku bulan ni...
Walaupun cycle kali ni aku try makan duphaston...
Tapi, akhirnye tidak berjaya persenyawaan kali ni...


Duphaston...boleh baca diskripsi pengambilan duphaston ni...

ermm... takpelah...sekurang-kurangnya Cik P hadir mengikut jadual macam biasa...
Aku...?? seharusnye penuh dengan misi dan usaha lain lepas ni...
so, bermulalah rutin minum susu segar + badam + kurma nabi (blend semuanya)...
khasiatnye untuk membesarkan telur-telur ku....

Oh ya...duphaston ni aku mule makan 2 biji selepas tarikh subur...makan sehingga period turun...
harga bagi 20 biji ni hanya RM50 sahaja...ni pun beli kat Farmasi Ariv Bandar Bukit Tinggi Klang...

Tapi...kalau di Farmasi Watsons plak....harganya RM57 mahal RM7....


ok..itu jer kali ni...

Salam TTC....



Monday, April 23, 2012

Indahnya Pelangi....


Subhanallah...ciptaan-Mu tiada tandingan....
begitu juga ku tahu....
Ujian yang Kau berikan pada kami...
Supaya kami lebih mensyukuri nikmat-Mu seadanya...

benar kata pujangga...

"Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi."


ingin aku berkongsi bait-bait lagu PELANGI yang sangat menenangkan jiwaku...

pelangi, pelangi...

alangkah indahmu....

merah kuning hijau, di langit yang biru...

pelukismu agung... siapa gerangan...

pelangi, pelangi ciptaan Tuhan...




La tahzan ya ukhtie....


Salam TTC...




Aku tidak keseorangan.... ICTRBA...


Rupanya aku tidak keseorangan...
Dunia TTC ku ceria kerana punyai teman-teman yang sama nasibnya...
masing-masing sedang berusaha untuk memiliki permata hati...
ada yang baru berkahwin...
ada yang lebih lama usia perkahwinan berbanding diriku...

Syukur Ya Allah...
Kau titipkan teman-teman di sekelilingku yang sangat memahami antara satu sama lain...
yang sanggup berkongsi suka duka kehidupan sepanjang TTC ini...
yang sudi berkongsi ilmu tentang usaha-usaha sepanjang kami ber TTC...

Sekalung tahniah dan setinggi-tinggi penghargaan buat grup kami...

pejam celik rupanya aku dah hampir 8 bulan menyertai grup ini...
lebih kurang sama usia TTC ku ini....

buat teman-teman TTC ku yang masih keseorangan...
marilah join grup ICTRBA ni..
pasti kalian tidak keseorangan....
malah macam-macam info boleh didapati jika menyertai grup ini...

Salam TTC....

My First BBT Chart...


Awal bulan 9,2011...aku telah mula buat chart cycle ku...
ini pun atas nasihat dari seorang teman...
supaya aku lebih faham tentang kitaran haidku...

jadi...aku mula join online BBT chart via Fertility Friend
hanya temping suhu setiap hari..
seawal jam 6 pagi setiap hari...
then key in data dalam chart BBT online sahaja...

so, ku dengan begitu semangatnya telah membeli termometer Microlife sebagai bahan utama...


banyak yang aku mula belajar bila join BBT via FF ni...
maklumlah aku bermula dari zero "O"...
sekarang ni dah boleh la nak faham tubuhku sendiri...
waktu bila aku period, subur, dan period semula...

ni chart aku yang pertama dalam FF ...


sekarang....dah cycle ke-7 aku ber BBT chart.....
macam-macam pattern chart aku....
Moga usahaku ini mendatangkan hasilnya nanti...
ku pohon pada-Mu Ya Allah...


Salam TTC....


My First Clomid...


Cycle baruku dah tiba....
maka bermulalah episod TTC ku dengan clomid...
Doc siap buat tarikh2 yang penting untuk aku makan pil clomid ni...
bermula dari CD2 hingga CD6...
sehari 2 tablet..makan waktu malam sebelum tidur...
maka dari tarikh 19/6/2011 hingga 23/6/2011 aku dah makan clomid...
dengan harapan ade peluang untuk aku memiliki rahmat-Mu...

Result my first clomid >>>> GAGAL
my TELUR tiada yang besar dan matang ...
cycle plak panjang sangat....sampai CD50 barulah muncul Cik P....
sesungguhnya aku redha atas ketentuan-Mu Ya Allah...


maka....ku sambung dengan "My Second Clomid"
start my CD1 pada 8/8/2011.....maka 9/8/2011 aku dah mula telan clomid...
Result my second clomid >>>> MASIH GAGAL
my TELUR segan nak muncul dengan jayanya....
cycle length plak sampai CD 31 ....
8/9/2011 barulah muncul Cik P dengan lenggang lenggoknya....


untuk pengetahuan teman2 TTC...
sila pastikan anda mengikut nasihat doktor jika ingin conceive dengan clomid...

sila rujuk artikel ini....

Salam TTC...

Provera for what....??

Provera....
Dr.Arasu suruh aku makan ubat ni....
tapi for what??

Rupanya Dr. Arasu cakap ubat ni khas untuk meruntuhkan tembok berlin yang kukuh dalam rahimku....
memandangkan selepas mengalami keguguran....
period aku tidak menyinggah sejak bulan Mac 2011-Jun 2011...
hampir 3 bulan darah period tak keluar...
so, aku start telan sebiji pil setiap hari selama 5 hari....
(dari tarikh 9/6/2011 - 13/6/2011)

akhirnya period datang menjenguk aku selepas 5 hari last aku makan pil tu....
datang tak agak2...banyak pula tu...
maka tarikh 18/6/2011, bermula la fasa cycle ku yang baru....
dengan hasil bantuan Provera...
dan bermulalah episod "My First Clomid"....

ok...jumpe di next post...



Salam TTC...




Sunday, April 22, 2012

Kisah TTC ku bermula....


apa itu TTC???
TTC stand for TRYING TO CONCEIVE (USAHA UNTUK HAMIL)


KISAH TTC KU BERMULA DI SINI.....

Aku sudah berkahwin lebih 7 tahun....
dalam tempoh tersebut....aku telah mengalami 2x keguguran...
kali pertama pada tahun 2006 (kandungan 5 weeks)....tanpa ku sedari...
bleeding teruk dan mengalami kesakitan...

kali kedua pula gugur pada awal tahun 2011...
kandungan ketika itu hampir 12 minggu....
nasib yang sama, alami pendarahan juga....

sehinggalah pada awal bulan 5,2011...
aku merujuk pakar sakit puan...
Dr. Arasu, my gynea sehingga sekarang...
pelbagai ujian pemeriksaan telah dilakukan...
antaranya ialah...

* Ujian Pap-Smear - Alhamdulillah doc cakap aku normal...
* Ujian MRI-HSG - Alhamdulillah kedua-dua tiub aku normal dan berpattern..
* Ujian sperma suami - Alhamdulillah doktor cakap normal dan excellent
*TVS - tiada sebarang cyst dan fibroid...
*Uterus aku normal...

cuma.....masalah berat badan sahaja....jadi doc minta aku kuruskan badan...
maka bermulalah episod dietku tanpa nasi selama 3 bulan....

akan kuceritakan semuanya nanti....


Jumpa lagi di lain post...

Salam TTC