Tuesday, May 22, 2012

I'am 32.....


32
bertambah usia mamarindu...
tandanya bertambah jua tugas dan tanggungjawabku...
moga peredaran ke usia baru dapat meningkatkan lagi kegigihan, kesabaran, kecekalan dan ketabahan utk harungi apa jua dugaan dan cabaran...
moge dimurahkan rezeki dipanjangkan usia dan sentiasa bersyukur....


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


Thank you Allah...
Atas kurniaan nikmat-Mu...
Jauh di sudut hati...
Aku masih seorang perindu....
yang bergelar MAMARINDU....




Salam TTC....

Wednesday, May 16, 2012

Luteal Phase

Salam TTC...
Harini mama sudah berada dalam fasa luteal...
ape yg dimaksudkan dengan fasa luteal??

Fasa selepas ovulasi dikenali sebagai fasa luteal...
ini kerana setelah ovulasi, korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron....
 Hormon progesteron adalah dominan pada fasa luteal....
 Ketika aras progesteron ini tinggi, suhu badan akan meningkat....
 dan seterusnya lapisan endometrium dibina sebagai persediaan proses penempelan jika telur berjaya disenyawakan....
 Lapisan endometrium ini memainkan peranan penting bagi pertumbuhan janin dalam rahim...
Oleh itu, jika seseorang wanita tersebut hamil, disebabkan aras Progesteron yang tinggi, suhu badan akan kekal tinggi sebagai inkubator terhadap janin yang terbentuk....
 Kitar haid akan tertangguh sehingga habis tempoh kehamilan....

Fasa luteal juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO)....

Tempohnya adalah sekitar 12-14 hari....
Fasa folikel adalah tidak tetap kerana ia bergantung kepada bila berlakunya ovulasi...
 manakala ovulasi pula boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti stress, pengambilan ubat-ubatan, peningkatan aktiviti-aktiviti harian dan faktor-faktor lain....
 Jika proses ovulasi terganggu, maka tempoh fasa folikel juga berubah....
Tempoh fasa luteal pula adalah sangat tetap bagi seseorang individu...
 jika ada perubahan pun tak lebih dari 1 hari.....

Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan endometrium yang dipenuhi dengan saluran darah ini akan runtuh...
 maka darah bersama-sama dengan kandungan dinding endometrium yang runtuh ini akan keluar sebagai darah haid....


kalau ikutkan chart BBT mama, hari subur mama jatuh pada CD15....
sekarang dah CD18....bermakna dah 3 hari mama dalam fasa luteal...
fasa inilah yang perlu mama berhati2...
mengharapkan agar berlakunya penempelan yang kukuh...
mengharapkan hormon progesterone mama meningkat tinggi...
mengharapkan suhu badan mama sentiasa mencanak naik...
mengharapkan kandungan HCG mama tinggi yang boleh menghasilkan dua garisan...
yang sentiasa dinanti2kan dan diidam2kan oleh setiap pasangan hidup...
terutama sekali mamarindu...




Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah....

dan jika di dalam bumi, keluarkanlah....

 jika sukar, permudahkanlah....

jika haram, sucikanlah ....

 jika jauh, dekatkanlah....



Amin...Ya Rabbal A'lamin....



Salam TTC...



Saturday, May 12, 2012

Buah Zuriat @ Buah Adam/Hawa


Buat pengetahuan pembaca sekalian, sebenarnya buah zuriat ini juga dikenali dengan panggilan buah adam / buah hawa /buah zuriattin / buah koka. Nama saja yang berbeza namun merujuk kepada buah yang sama. Buah zuriat ialah buah yang berasal daripada pokok koka. Bila sebut sahaja perkataan Koka, mesti ramai tahu.. err.. tak tahu? alaah, yang ramai orang dok sibuk beli buat cincin, tasbih dan gilang tangan tu..hehe
Info tambahan: Pokok koka ialah pokok yang dipercayai digunakan oleh Nabi Noh A.S. untuk membina bahteranya ketika peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu.

Khasiat Buah Zuriat
Buah zuriat ini dikatakan amat berkhasiat. Khasiatnya (dengan izin Allah SWT) adalah dapat menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.
Saiz buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Kulitnya adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena menggunakan bantuan dan kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Rupa dalamnya pula macam sabut kelapa. 

Macamana nak dapatkan buah zuriat
Di mana nak dapatkan buah zuriat? Nak beli buah zuriat di mana? Ia hanya boleh didapati di Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan gua Hirak.

Kaedah dan Cara Makan Buah Zuriat
Terdapat beberapa cara makan buah zuriat yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencubanya iaitu :-
Cara Pertama
Caranya ialah dengan menggunakan sudu lalu di ketuk-ketuk pada sekitar dinding buah zuriat (tak perlu di belah) bagi melembutkan kulitnya, seolah-olah seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.
Cara Kedua
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan buah hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Selepas direbus, buah zuriat ini kemudiannya dibelah menjadi dua bahagian bagai pinang dibelah dua (hehe), dan admin ingatkan sekali lagi bahawa buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Anda di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru.


Tips-tips
1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: “RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”. Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.
2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya.
Jadi kepada suami isteri yang ingin mudah mendapakan zuriat bolehla mencubanya nanti. Admin ucapkan, Selamat mencuba dan doakan semoga berjaya memperolehi cahaya mata. 




Salam TTC...




Order barang baby


Mood mamarindu kali ni happy...
mamarindu tak tahu nak ceritakan macamana...
yang pasti mamarindu dah dapat green light dari asben...
untuk membeli beberapa barang-barang baby...
sebagai persediaan kami....

untuk apa semua ni???
sedangkan mamarindu belum pasti bila dan masanya akan dapat berita gembira...
masih lagi menanti detik2 "double lines"...
masih menunggu saat2 doktor mengucapkan "tahniah, anda mengandung"...
masih merindui saat2 suami melafazkan " terima kasih sayang, sebab melahirkan anak kita"...
wowww...ohhhooo...tak sabarnya menanti moment2 yang terindah itu...

tapi...
mamarindu nekad...
walaupun masih belum ada sebarang tanda ke arah kehamilan...
mamarindu tetap akan mengoder dan membeli sedikit demi sedikit barang2 baby...
manalah tau...dengan usaha mamarindu nanti, Allah membuka hijab rezeki mama...
Allah memakbulkan doa dan impian mamarindu...
Allah mentitipkan "baby" kepada kami...

ceritanya agak mudah saja...
sebenarnya...
mamarindu dan suami dalam perancangan untuk mengambil anak angkat...
dan berusaha untuk conceive juga...

so...tak salah kan jika mamarindu start bershopping barang2 baby??


Ni barang baby mamarindu yang pertama...kami memilih warna biru...




apa-apapun....teman-teman TTC mamarindu....





itu saja untuk dikongsi...



Salam TTC...



note: Tahniah buat salah seorang ahli group ICTRBA, Ita sebab dah dapat "Double Lines"...sesungguhnya, mamarindu suke sangat tengok koleksi UPT Ita yang +ve itu...




AKU ke "Mamarindu" atau "Mama"

dalam entri kali ni...aku nak umumkan sesuatu...
mulai saat ini....penggunaan "aku" dalam penceritaan entri sebelum2 ni...
akan ditukar ke "mamarindu" atau "mama"....
dah taknak gunakan "aku" lagi...

tak salah kan??

sebab itu adalah aura yang positif...
suatu hari nanti kita bakal menjadi seorang "mama"...
walaupun masih belum tahu bila waktu dan saatnya...


Sekian...

Harap Maklum...

Salam TTC



Thursday, May 10, 2012

Sekadar ingatan bersama...


Just nak share untuk hari ini....
tiba-tiba aku terpaut dengan kata-kata seorang teman ICTRBA....
yang dah ku anggap seperti adik beradik....


khas buat insan-insan yang selalu bertanya....


....Jangan di tanya bila mahu berkahwin kepada mereka yg single...

Jangan di tanya bila nak ada anak kepada mereka yg telah berkahwin...

Jangan di tanya bila nak tambah anak lagi pada mereka yg punya seorang anak saje... 
& 
Jangan juga di tanya bila nak dapat cucu pada mereka yg telah ada menantu.....

KERANA semua ini di luar kemampuan manusia utk menentukannya.

Dan Allah jua yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba-hambaNya....


Semoga teman-teman TTC ku kembali tenang....
Janganlah ganggu kami kerana kami tidak mengganggu ketenteraman hidup anda...
usahlah bertanya kepada kami...
kerana kami sendiri tidak tahu jawapannya...

sesungguhnya anda sendiri tahu bahawa ajal, pertemuan, jodoh dan rezeki itu di tangan Allah...



Salam TTC....

Tuesday, May 8, 2012

MC hari ni...

malam tadi aku gi klinik lagi...
Dr.Ambrose tiada, hanya ade Dr.Syed jer...
cek tekanan darah dah 60....
Dr. bagi MC sehari je arini...

tiba-tiba jam 3 pagi, kepalaku sakit sangat-sangat...
denyutannya macam nak pecah kepala...
gerakkan asben sambil menangis-nangis tahan kesakitan...
macam-macam asben usaha untuk meredakan sakitku...
dia urut seluruh badanku sebab dia cakap seluruh tubuhku kesejukkan...
sapu minyak panas...
tuam kepalaku dengan tuala basah...
asben papahku ke ruang tamu...
sebab dalam bilik terasa panas...
asben bentangkan toto untuk aku baring di bawah kipas siling...
aku?? dah lembik masa ni...

Pukul 5 pagi baru rase sakit kepalaku semakin reda...
asben masih mengurut-urutku...
namun, tetap lemah badanku...
tidak ku rasakan apa-apa...
hinggalah aku tak sedar...dah tido rupanya aku...
bila terjaga pukul 6pagi...
asbenku dah terbaring di sisiku...
tido keletihan di atas lantai sahaja...

Terharu sungguh melihat pengorbanan suamiku....
betapa bertuahnya aku kerana memiliki suamiku ini...
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Sesungguhnya Kau utuskan benar suamiku ini padaku...
Sesungguhnya benar jodohku hanya dengan suamiku...
Lindungilah kami berdua dari sebarang dugaan-Mu..
Limpahkanlah kami berdua kurniaan dan rezki-MU...
Limpahkanlah kebahgiaan kami hingga ke syurga...
Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah...

Aminnn...


Salam TTC...