Tuesday, May 22, 2012

I'am 32.....


32
bertambah usia mamarindu...
tandanya bertambah jua tugas dan tanggungjawabku...
moga peredaran ke usia baru dapat meningkatkan lagi kegigihan, kesabaran, kecekalan dan ketabahan utk harungi apa jua dugaan dan cabaran...
moge dimurahkan rezeki dipanjangkan usia dan sentiasa bersyukur....


Yang tulus ikhlas
Ingin sekali sekala dirinya dibalas
Walau hanya dengan dakapan di angin lalu

Yang selalu memberi
Ingin sekali sekala jadi penerima
Cukup dengan salam dan manis doa

Aku ingin kau merasakan hebatnya cinta
Dan leburkan saja serpihan calar derita

Selamat ulang tahun sayang
Kini kau bersayap, pergilah terbang
Rentaslah langit cita cita mu
Harap nanti kita 'kan bertemu

Selamat ulang tahun sayang
Janganlah engkau tak terbang pulang
Ku nanti penuh kerinduan
Selamat tinggal, selamat jalan

Aku hanya inginkan engkau setia
Kerana setia yang mencipta bahagiamu


Thank you Allah...
Atas kurniaan nikmat-Mu...
Jauh di sudut hati...
Aku masih seorang perindu....
yang bergelar MAMARINDU....




Salam TTC....

Wednesday, May 16, 2012

Luteal Phase

Salam TTC...
Harini mama sudah berada dalam fasa luteal...
ape yg dimaksudkan dengan fasa luteal??

Fasa selepas ovulasi dikenali sebagai fasa luteal...
ini kerana setelah ovulasi, korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron....
 Hormon progesteron adalah dominan pada fasa luteal....
 Ketika aras progesteron ini tinggi, suhu badan akan meningkat....
 dan seterusnya lapisan endometrium dibina sebagai persediaan proses penempelan jika telur berjaya disenyawakan....
 Lapisan endometrium ini memainkan peranan penting bagi pertumbuhan janin dalam rahim...
Oleh itu, jika seseorang wanita tersebut hamil, disebabkan aras Progesteron yang tinggi, suhu badan akan kekal tinggi sebagai inkubator terhadap janin yang terbentuk....
 Kitar haid akan tertangguh sehingga habis tempoh kehamilan....

Fasa luteal juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO)....

Tempohnya adalah sekitar 12-14 hari....
Fasa folikel adalah tidak tetap kerana ia bergantung kepada bila berlakunya ovulasi...
 manakala ovulasi pula boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti stress, pengambilan ubat-ubatan, peningkatan aktiviti-aktiviti harian dan faktor-faktor lain....
 Jika proses ovulasi terganggu, maka tempoh fasa folikel juga berubah....
Tempoh fasa luteal pula adalah sangat tetap bagi seseorang individu...
 jika ada perubahan pun tak lebih dari 1 hari.....

Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan endometrium yang dipenuhi dengan saluran darah ini akan runtuh...
 maka darah bersama-sama dengan kandungan dinding endometrium yang runtuh ini akan keluar sebagai darah haid....


kalau ikutkan chart BBT mama, hari subur mama jatuh pada CD15....
sekarang dah CD18....bermakna dah 3 hari mama dalam fasa luteal...
fasa inilah yang perlu mama berhati2...
mengharapkan agar berlakunya penempelan yang kukuh...
mengharapkan hormon progesterone mama meningkat tinggi...
mengharapkan suhu badan mama sentiasa mencanak naik...
mengharapkan kandungan HCG mama tinggi yang boleh menghasilkan dua garisan...
yang sentiasa dinanti2kan dan diidam2kan oleh setiap pasangan hidup...
terutama sekali mamarindu...




Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah....

dan jika di dalam bumi, keluarkanlah....

 jika sukar, permudahkanlah....

jika haram, sucikanlah ....

 jika jauh, dekatkanlah....



Amin...Ya Rabbal A'lamin....



Salam TTC...



Saturday, May 12, 2012

Buah Zuriat @ Buah Adam/Hawa


Buat pengetahuan pembaca sekalian, sebenarnya buah zuriat ini juga dikenali dengan panggilan buah adam / buah hawa /buah zuriattin / buah koka. Nama saja yang berbeza namun merujuk kepada buah yang sama. Buah zuriat ialah buah yang berasal daripada pokok koka. Bila sebut sahaja perkataan Koka, mesti ramai tahu.. err.. tak tahu? alaah, yang ramai orang dok sibuk beli buat cincin, tasbih dan gilang tangan tu..hehe
Info tambahan: Pokok koka ialah pokok yang dipercayai digunakan oleh Nabi Noh A.S. untuk membina bahteranya ketika peristiwa banjir besar suatu ketika dahulu.

Khasiat Buah Zuriat
Buah zuriat ini dikatakan amat berkhasiat. Khasiatnya (dengan izin Allah SWT) adalah dapat menyebabkan kehamilan dan menyembuhkan lenguh-lenguh badan.
Saiz buahnya sebesar buah ciku tapi rupanya macam buah kurma. Kulitnya adalah amat keras. Kalau nak pecahkan memang kena menggunakan bantuan dan kudrat orang lelaki dengan sebilah parang. Rupa dalamnya pula macam sabut kelapa. 

Macamana nak dapatkan buah zuriat
Di mana nak dapatkan buah zuriat? Nak beli buah zuriat di mana? Ia hanya boleh didapati di Jabal Uhud, Jabal Rahmah dan gua Hirak.

Kaedah dan Cara Makan Buah Zuriat
Terdapat beberapa cara makan buah zuriat yang di sarankan oleh mereka-mereka yang telah mencubanya iaitu :-
Cara Pertama
Caranya ialah dengan menggunakan sudu lalu di ketuk-ketuk pada sekitar dinding buah zuriat (tak perlu di belah) bagi melembutkan kulitnya, seolah-olah seperti kita sagat/kikis buah ini menjadi serbuk dan di makan begitu sahaja ataupun di campur bersama susu.
Cara Kedua
Oleh kerana buah ini juga di gelar buah adam dan buah hawa, maka ada yang merebus dua biji buah ini sekali gus. Selepas direbus, buah zuriat ini kemudiannya dibelah menjadi dua bahagian bagai pinang dibelah dua (hehe), dan admin ingatkan sekali lagi bahawa buah ini keras dan memerlukan keupayaan yang kuat untuk membelahnya. Rebus biji dan isirungnya sekali,sehingga air bertukar warna seakan-akan teh. Anda di sarankan di minum selama 44hari atau sehingga mengandung. Diminum oleh suami isteri dan boleh direbus berulangkali sehinggalah air rebusan itu bertukar warna menjadi putih kembali baru di ganti dengan buah zuriat yang baru.


Tips-tips
1. Sebelum minum air rebusan, bacalah bismillah diikuti petikan ayat 38 daripada al Imran sebanyak 3 kali: “RABBI HABLEE MINLADUNKA ZURIATUN TOIYIBBAN INNAKA SAMEE U-DOA”. Maksud Ayat: “Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat keturunan yang baik. Sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa.” ayat 38, surah Ali-Imran.
2. Air rebusan buah zuriat boleh diminum pada bila-bila masa sahaja, malah buah ini juga kalau dia gosok-gosok ke sendi-sendi kita yang sakit, Insya Allah akan menyembuhkan lenguh dan terasa kelegaannya.
Jadi kepada suami isteri yang ingin mudah mendapakan zuriat bolehla mencubanya nanti. Admin ucapkan, Selamat mencuba dan doakan semoga berjaya memperolehi cahaya mata. 




Salam TTC...




Order barang baby


Mood mamarindu kali ni happy...
mamarindu tak tahu nak ceritakan macamana...
yang pasti mamarindu dah dapat green light dari asben...
untuk membeli beberapa barang-barang baby...
sebagai persediaan kami....

untuk apa semua ni???
sedangkan mamarindu belum pasti bila dan masanya akan dapat berita gembira...
masih lagi menanti detik2 "double lines"...
masih menunggu saat2 doktor mengucapkan "tahniah, anda mengandung"...
masih merindui saat2 suami melafazkan " terima kasih sayang, sebab melahirkan anak kita"...
wowww...ohhhooo...tak sabarnya menanti moment2 yang terindah itu...

tapi...
mamarindu nekad...
walaupun masih belum ada sebarang tanda ke arah kehamilan...
mamarindu tetap akan mengoder dan membeli sedikit demi sedikit barang2 baby...
manalah tau...dengan usaha mamarindu nanti, Allah membuka hijab rezeki mama...
Allah memakbulkan doa dan impian mamarindu...
Allah mentitipkan "baby" kepada kami...

ceritanya agak mudah saja...
sebenarnya...
mamarindu dan suami dalam perancangan untuk mengambil anak angkat...
dan berusaha untuk conceive juga...

so...tak salah kan jika mamarindu start bershopping barang2 baby??


Ni barang baby mamarindu yang pertama...kami memilih warna biru...




apa-apapun....teman-teman TTC mamarindu....





itu saja untuk dikongsi...



Salam TTC...



note: Tahniah buat salah seorang ahli group ICTRBA, Ita sebab dah dapat "Double Lines"...sesungguhnya, mamarindu suke sangat tengok koleksi UPT Ita yang +ve itu...




AKU ke "Mamarindu" atau "Mama"

dalam entri kali ni...aku nak umumkan sesuatu...
mulai saat ini....penggunaan "aku" dalam penceritaan entri sebelum2 ni...
akan ditukar ke "mamarindu" atau "mama"....
dah taknak gunakan "aku" lagi...

tak salah kan??

sebab itu adalah aura yang positif...
suatu hari nanti kita bakal menjadi seorang "mama"...
walaupun masih belum tahu bila waktu dan saatnya...


Sekian...

Harap Maklum...

Salam TTC



Thursday, May 10, 2012

Sekadar ingatan bersama...


Just nak share untuk hari ini....
tiba-tiba aku terpaut dengan kata-kata seorang teman ICTRBA....
yang dah ku anggap seperti adik beradik....


khas buat insan-insan yang selalu bertanya....


....Jangan di tanya bila mahu berkahwin kepada mereka yg single...

Jangan di tanya bila nak ada anak kepada mereka yg telah berkahwin...

Jangan di tanya bila nak tambah anak lagi pada mereka yg punya seorang anak saje... 
Jangan juga di tanya bila nak dapat cucu pada mereka yg telah ada menantu.....

KERANA semua ini di luar kemampuan manusia utk menentukannya.

Dan Allah jua yg Maha Mengetahui apa yg terbaik buat hamba-hambaNya....


Semoga teman-teman TTC ku kembali tenang....
Janganlah ganggu kami kerana kami tidak mengganggu ketenteraman hidup anda...
usahlah bertanya kepada kami...
kerana kami sendiri tidak tahu jawapannya...

sesungguhnya anda sendiri tahu bahawa ajal, pertemuan, jodoh dan rezeki itu di tangan Allah...



Salam TTC....

Tuesday, May 8, 2012

MC hari ni...

malam tadi aku gi klinik lagi...
Dr.Ambrose tiada, hanya ade Dr.Syed jer...
cek tekanan darah dah 60....
Dr. bagi MC sehari je arini...

tiba-tiba jam 3 pagi, kepalaku sakit sangat-sangat...
denyutannya macam nak pecah kepala...
gerakkan asben sambil menangis-nangis tahan kesakitan...
macam-macam asben usaha untuk meredakan sakitku...
dia urut seluruh badanku sebab dia cakap seluruh tubuhku kesejukkan...
sapu minyak panas...
tuam kepalaku dengan tuala basah...
asben papahku ke ruang tamu...
sebab dalam bilik terasa panas...
asben bentangkan toto untuk aku baring di bawah kipas siling...
aku?? dah lembik masa ni...

Pukul 5 pagi baru rase sakit kepalaku semakin reda...
asben masih mengurut-urutku...
namun, tetap lemah badanku...
tidak ku rasakan apa-apa...
hinggalah aku tak sedar...dah tido rupanya aku...
bila terjaga pukul 6pagi...
asbenku dah terbaring di sisiku...
tido keletihan di atas lantai sahaja...

Terharu sungguh melihat pengorbanan suamiku....
betapa bertuahnya aku kerana memiliki suamiku ini...
Ya Allah, Ya Rahman, Ya Rahim...
Sesungguhnya Kau utuskan benar suamiku ini padaku...
Sesungguhnya benar jodohku hanya dengan suamiku...
Lindungilah kami berdua dari sebarang dugaan-Mu..
Limpahkanlah kami berdua kurniaan dan rezki-MU...
Limpahkanlah kebahgiaan kami hingga ke syurga...
Aku bersyukur pada-Mu Ya Allah...

Aminnn...


Salam TTC...



Monday, May 7, 2012

Khasiat Jerslin Oil

bulan ni ada kemasukkan ahli baru dalam usaha TTC saya...
dengan ini memperkenalkan....
Jerslin Oil...


Minyak ni banyak khasiatnya...
antaranya ialah:

Kelebihan Minyak JERSLIN POWER OIL
  • Mengandungi Habatussauda dan herba terpilih.
  • Tidak perlu makan atau minum. Kaedah Sapu sahaja.
  • Tiada kesan sampingan
  • Selamat untuk semua peringkat usia, ibu mengandung dan bayi.
  • Halal diseluruh dunia.
  • Kandungan 30ml
  • Boleh diminum bagi yang kronik ( titis di air minuman)
Keistimewaan Mengubati dan Menyembuh Pelbagai Penyakit seperti dibawah:
  • Gastrik / Resdung Sakit Kepala / Migrain
  • Asmah / Lelah / Semput
  • Sakit Buah Pinggang
  • Sembelit / Cirit-Birit / Buasir
  • Kencing Manis / Darah Tinggi
  • Jangkitan Faraj / Keputihan
  • Sakit Sendi / Lutut Bengkak
  • Kekejangan Otot / Simpul Biawak
  • Mati Pucuk / Kurang Bernafsu
  • Sengal-sengal Tulang
  • Ghout
  • Kulit Kasar / Berjeragat
  • Sakit Usus
  • Kembung Perut
  • Kesukaran Bernafas
  • Batuk dan Hidung Tersumbat
  • Tumor / Kanser / Ketumbuhan
  • Tidak Bersemangat / Selalu Keletihan
  • Keracunan Makanan
  • Stroke / Angin Ahmar
  • Mati Anggota Tumbuh / Lumpuh
  • Tekanan Darah Tinggi / Darah Rendah
  • Kerap Buang Air Kecil Waktu Malam
  • Selalu Selsema
  • Alahan / Alergik Makanan Laut
  • Susah Dapat Anak
  • Anak yang Dilahirkan Kurang Sihat
  • Monopouse
  • Ketidakseimbangan Hormon
  • Kesuburan Lelaki dan Wanita Menurun
  • Senggugut
  • Sakit Buang Pinggang
  • Tulang Reput / Mudah Patah
  • Pengerakan yang Perlahan
  • Senang Beremosi / Cepat Marah
  • Putaran Haid Tidak Tepat Masa
  • Susah Ingat Pelajaran / Bebal
  • Kurang Tumpuan Terhadap Pelajaran
  • Kolesterol Tinggi
  • Kabur / Selalu Keluar Air Mata
  • Kesejukan Kaki Tangan
  • Susah Hendak Tidur
  • 1001 Sakit -Sakit Ringan & Kronik.





Ni yang aku beli...40ml cuma RM35.00 sahaja...
beli kat kedai jamu di Citta Mall, Ara Damansara...
setiap malam aku sapu di telapak kaki, lutut, perut dan rambut...



Rasulullah s.a.w. juga telah bersabda yang bermaksud:”Setiap penyakit ada ubatnya (penawar) dan apabila suatu ubat itu sesuai dengan jenis penyakitnya, maka penyakit itu akan sembuh dengan izin Allah” – hadis riwayat Muslim. 
Minyak Jerslin Power Oil. 
Minyak Aroma 1001 Rahsia. Gabungan Daripada Minyak Zaitun, Minyak Bunga Matahari, Minyak Bijan, Habatussauda dan Herba Terpilih. Merawat dan Menyembuh Pelbagai Penyakit.  Halal Diseluruh Dunia dan Tiada Kesan Sampingan serta Selamat Digunakan Untuk Semua Usia, Ibu Mengandung dan Kanak-Kanak/Bayi." Cuba Dulu, Baru Tahu!! "



Usaha dan ikhtiarlah selagi terdaya...yang penting, jangan berputus asa...
Tahniah buat teman TTC ku ani hamiza dari group ICTRBA yang telah berjaya hamil...belia juga pengguna Jerslin Oil semasa tempoh TTC nya....


Salam TTC...

Sunday, May 6, 2012

Sah tekanan darah rendah...!!!

tengahari tadi aku ke Klinik Mediviron...
bawa mak dan aku untuk berjumpa doktor....
syukur, dapat Dr.Ambrose yang sangat friendly....
hansome pon ada macam Abhishek Bachan....hehehe

Confirm....!!!
Tekanan Darah Rendah...
atau Low Blood Pressure....
doc cakap aku kekurangan darah....
paras bacaan 50 jer...(yg ni aku tak berapa faham nak explain)
sebab mak aku plak High Blood Pressure (160)...

aku pon cakap yang kali ni period aku bayak sangat darah yang keluar...
day3,4 dan Day5... 5x tukar pad dlam sehari...
darah plak terasa mengalir macam air paip tutup tak ketat...
doc tanya sebelum-sebelum ni macamana??
so..aku jawab biasanya paling heavy pon 3x kali je tukar dalam sehari...
terus doc buat kesimpulan bahawa kemungkinan abortion...
"bende" tu nak lekat...tapi tak jadi...
ermmm...payah sungguh ya nak lekat "bende" tu??
kalau la aku boleh nampak "mende" tu...sudah pasti aku lekat dengan gam gajah...
hehehe...gurau jer...

Doc pon bagi aku ubat tambah darah...
namanya Sangobion...



takpelah....aku masih menganggap ianya sebagai darah PERIOD ku yang luar biasa...
tak mahu berangan yang macam-macam...
aku yakin dengan rezeki-MU Ya Allah...
kalau benar ada rezekiku...maka jadilah ia..
kalau belum lagi rezekiku....aku takkan menidakkannya...
Janji Allah itu pasti....


Salam TTC...


Anda pernah alami Chemical Pregnancy???


setiap pasangan yang sudah berumahtangga semestinya mengharapkan kehadiran zuriat sendiri...
tapi kuasa Allah mana mungkin kita boleh pertikaikan...
begitulah apa yang dirasai oleh aku dan teman-teman TTC ku...
nak mendapatkan sebuah "Double Lines" amatlah sukar...
boleh katakan kami geng2 TTC mesti ade stok UPT di rumah...
macam aku, sanggup order sedozen UPT tau...
sebelum ni pasti akan menjengah mana-mana farmasi...
beli UPT bukannya 1, malah sekali beli sampai 5 kit...
malu...tak usah cakapla...
muka aku ni memang popular dah kat farmasi area PJ ni...
apa yang penting, aku buat ape yang aku nak...
sanggup buat muke seposen, ambik UPT dan bayar...
pernah gak ditegur oleh staff farmasi...
aku senyum je la...takkan nak marah kot??
hehehe...

oppss... sebenarnye aku nak cerita pasal Chemical Pregnancy ni...
tapi dah melalut ke laut...hehehe
pernah tak anda mengalaminya??

Aku?? ya, pernah...tahun ni saja dah 2 kali dapat double lines...
tapi faint lines la...masihku simpan UPT tu hingga sekarang...
first bulan 2 dan second baru-baru ni...
tapi lepas 3-4 hari dapat double lines tu...
spotting mule muncul...
aduhh....kacau betulla...
time tu aku dah agak, pasti Cik P nak mai jenguk aku...

pengalaman aku masa mula-mula dapat double lines tu...
fuhh memang excited sangat...
tunjuk kat asben...asben pun suke la banget...
cuma kami tak kecoh-kecoh kat fesbuk or sedara mara je...
just inform kat kedua ibubapa, MIL, FIL dan adik bradik je...
minta mereka doakan keselamatan kami...

lagi satu, yang aku "terperasan" sangat konon-konon preggy sebab aku mual-mual nak muntah jer masa tu...
asben aku pon "perasan " jugak...
lastly, kuar plak bendalir merah yang dipanggil Cik P...
terus aku gi Klinik Keluarga Rohaya...
bawak sekali UPT yang double lines tu...
Doc tengok UPT mengesahkan aku positif hamil 4 weeks...
tapi disebabkan dah spotting...
doc pun nasihkan aku agar tidak menaruh harapan yang tinggi...
abortion akan berlaku bila-bila masa je...
sebab janin nak menempel...tapi dinding rahim tak boleh nak support...
antara penyebabnya seperti: 

* hormon progesterone kurang,
* masalah kromosom padadaceloping fetus, 
*lapisan rahim tidak mencukupi, 
*keabnormalan uterus dan fibroid,
* kecacatan fasa luteal 
*jangkitan  tertentu...

keesokkan harinya, aku terus ke PPUM jumpe gyneaku...
Gynea scan dan mendapati lapisan rahimku tebal....
tetapi telah menunjukkan tanda-tanda pendarahan akan berlaku...
akhirnya...aku akur dengan ketentuan-Nya....
Hanya Dia yang mampu memberikan yang terbaik buatku...

Untuk pengetahuan teman-teman TTC ku...

Chemical Pregnancy ni biasa berlaku... dalam 50% -60% kehamilan pertama akan mengalami keguguran di awal kehamilan....
Chemical Pregnancy ni juga berlaku cukup awal...dan memberi kesan yang sedikit kepada badan kita...
ramai yang menjangkakan itu adalah darah period yang datang dah delay atau tepat iku cycle kita...
dan biasanya darah yang keluar selalunya sedikit ataupun terlampau bayak dari kebiasaan...
dan kadang-kadang pendarahan diiringi dengan rasa cramp yang kuat, tetapi proses pemulihan agak cepat dari keguguran biasa...


so, pasni kena lebih usaha dan lebih berjaga-jaga...
teman-teman TTC ku...jangan kita berputus asa ya...
kita ni memang insan yang terpilih..dan sangat bertuah...
kerana tak semua orang dapat mendalami ilmu TTC ni...
even yang dah ada anak berderet-deret pun....
belum tentu mereka tahu maksud TTC...
apatah lagi terms atau istilah dalam TTC...
sabar ya teman-teman ku...
kalian dan aku tidak keseorangan...
sayang kamu semua....


Salam TTC.... 




Saturday, May 5, 2012

Tekanan darah rendah atau kurang darah...???



Harini sudah masuk hari ke8 periodku....
tinggal spotting2 jer...
tapi sejak 2,3 hari ni aku selalu pitam...
terasa pening-pening tapi tak sakit kepala....
kadang-kadang masa berdiri terasa kepala berpusing-pusing...
pernah sekali tu time baring atas katil pun terasa siling rumah bergoyang-goyang...

Selera makan plak dah berkurangan...
semalam makan nasi pun 3 suap jer...
tu pun dah rase lain macam...
boleh kurus macamni....

bila keadaan pitam tu datang...
rase mual-mual dan nak termuntah pun ada...
maybe perut aku kosong dan banyak angin kot...
untuk meredakannya, aku cepat-cepat minum jus delima...


sangat sedap jus ni...kalau minum sejuk-sejuk...lagi sedap...


Asbenku cakap aku ni kekurangan darah...
sebab period kali ni bayak sangat darah yang keluar...
macam air paip lajunya...
Day3,4 dan 5 paling teruk sekali...
sehari aku terpaksa tukar 5x pad aku...
malam pun tak kurang juga hebatnya...
tak sangka asben aku ni leh wat kesimpulan camtu....
aku pun tak terfikir plak...

So, aku pun berkongsi dalam group kesayanganku ICTRBA...
minta cadangan makanan yang boleh menambahkan darah...
ada yang sruh makan seafood macam kerang, hati ayam dan sayur bayam...
ade yang suggest makan Sangobion, vitamin...
dan ada yang minta aku berjumpa doctor...
ditakuti aku mengalami tekanan darah rendah or kurang darah...
risau la plak...
thanks friends....u all memang best!!!

so, pagi ni aku decide nak jumpe doktor...
tapi masih berfikir-fikir..klinik mana yang aku nak terjah??
terasa rindu nak jumpe Dr.Ambrose....
tapi kat klinik tu tiada mesin ultrasound...rosak katanya...
Kalau jumpe doktor lain, adakah sama layanannya macam dr.Ambrose??


Doktor camni ade tak??


haishhh...macam-macam la aku ni...
ok...itu je yg nak dikongsi pagi ni...
daaa....


Salam TTC...