Wednesday, May 2, 2012

IUI kedua dengan Puregon 100iu


Setelah aku period dari IUI pertama...
Doc bersetuju untuk proceed IUI kedua pula...
kali ni dengan suntikan Puregon 100iu pula...
macam biasa lepas TVS aku terus ke farmasi untuk membeli Puregon...
Harga bagi 6 suntikan berjumlah RM700...
sekali lagi resit pembayaran kena simpan yer...

kali ni aku berani nak buat suntikan sendiri...
so, malam tu, aku pun mengadap cermin dan menyuntik ke perutku mengikut cara2 yg telah ditunjukkan oleh nurse PPUM...
dan begitulah malam2 seterusnya....
CD6, aku ke PPUM untuk TVS...
tapi sekali lagi menyedihkan bila doc memaklumkan telur-telurku masih kecil2 lagi...
lebih kurang 7-11mm
namun, doc cakap telurku kali ni banyak....
mengikut rekod dan kiraan doc ade lebih kurang 15 biji....

so, doc pun meminta aku menambah dos suntikan...
so, aku beli lagi Puregon 1 kotak dengan harga RM700...
doc suruh naikkan dos dari 100iu ke 125iu...
suntik sebanyak 3x sahaja...

selepas tu, TVS sekali lagi...
Alangkah terkejutnya doc dan nurse2 lain....
bila mendapati telur-telurku membesar dengan jayanya....
Doc semakin cemas sebab kemungkinan IUI tidak dapat dijalankan atas sebab keselamatan diriku....
air mataku gugur berjujurai....
sedihnya tidak terkata....
doc cakap lepas 2 hari datang semula untuk TVS...

hari yang penuh debaran...
penentuan samada aku boleh proceed IUI ataupun tidak...
Doc TVS dan mendapati ovariku semakin membesar dan membengkak...
ini kerana ovariku menampung kandungan telur-telur yang besar dan matang...
mengikut rekod dan perkiraan doc, terdapat 6 telur yang sudah matang bersaiz 22mm....
dan hampir 16 telur lagi sederhana saiznya...
melalui skrin....memang sangat menakutkan bilamana skrin ultrosound dipenuhi dengan telur2ku...beberapa nurse dan seorang lagi doc menyaksikan persitiwa ini...
siap mereka kira lagi bilangan telur2ku...
memang aku akui, aku rasa senak sangat....
nak berjalan pun susah sebab perutku terasa sakit....
akhirnya, doc memutuskan agar IUI keduaku dibatalkan...
yang meyedihkan lagi....
Doc tidak membenarkan aku membuat hubungan intim bersama suami sehingga aku period....

sekali lagi aku merayu dan menangis depan doc agar membenarkan aku menjalani IUI...
Doc tetap berkeras dengan alasan aku berdepan Minor Ovarian Hyperstimulation Syndromes (OHSS) dengan risiko yang tinggi iaitu:

* Ovari akan pecah jika telur-telurku pecah...
* akan berlaku Multiple Pregnancy (kembar lebih 3 orang)
* kegagalan buah pinggang berfungsi...
* boleh membawa maut...

Oh, Tuhan....ketika itu kurasakan duniaku kosong tanpa erti....
setelah puas dipujuk doc dan suami...akhirnya aku redha dan pasrah atas takdir-Mu...
Doc memberi cuti rehat selama seminggu.....
aku diminta untuk berehat sahaja di rumah...
tidak melakukan aktiviti yang berat dan lasak...
akhirnya...periodku pun muncul pada 22/1/2012...
kitaran periodku hanya 22 hari dengan 9 suntikan Puregon....

Ya Allah...sesungguhnya ku tahu...Engkau berikan yang terbaik kepadaku...
Aku tidak akan berputus asa...
akan aku berusaha hingga berjaya...


Salam TTC.....








2 comments:

  1. Ya Allah kak yannn...sungguh mencabar usahamu bulan ini..sudahla beratus duit dihabis..tpi akhirnya tak bole nak buat IUI..takpela mungkin ada hikmahnya..sabarnya..Bulan seterusnya InsyaAllah pasti bole buat...

    ReplyDelete
  2. Fika....kadang-kadang ade ketikanya kite trpaksa hadapi walau kite blm bersedia...namun, ape daya akak, hanya mampu meminta dan berdoa...moge pasni ade peluang tuk memiliki anugerah Ilahi...:)

    ReplyDelete