Wednesday, May 16, 2012

Luteal Phase

Salam TTC...
Harini mama sudah berada dalam fasa luteal...
ape yg dimaksudkan dengan fasa luteal??

Fasa selepas ovulasi dikenali sebagai fasa luteal...
ini kerana setelah ovulasi, korpus luteum mula menghasilkan hormon progesteron....
 Hormon progesteron adalah dominan pada fasa luteal....
 Ketika aras progesteron ini tinggi, suhu badan akan meningkat....
 dan seterusnya lapisan endometrium dibina sebagai persediaan proses penempelan jika telur berjaya disenyawakan....
 Lapisan endometrium ini memainkan peranan penting bagi pertumbuhan janin dalam rahim...
Oleh itu, jika seseorang wanita tersebut hamil, disebabkan aras Progesteron yang tinggi, suhu badan akan kekal tinggi sebagai inkubator terhadap janin yang terbentuk....
 Kitar haid akan tertangguh sehingga habis tempoh kehamilan....

Fasa luteal juga dikenali sebagai Days Past Ovulation (DPO)....

Tempohnya adalah sekitar 12-14 hari....
Fasa folikel adalah tidak tetap kerana ia bergantung kepada bila berlakunya ovulasi...
 manakala ovulasi pula boleh dipengaruhi oleh beberapa faktor seperti stress, pengambilan ubat-ubatan, peningkatan aktiviti-aktiviti harian dan faktor-faktor lain....
 Jika proses ovulasi terganggu, maka tempoh fasa folikel juga berubah....
Tempoh fasa luteal pula adalah sangat tetap bagi seseorang individu...
 jika ada perubahan pun tak lebih dari 1 hari.....

Jika tiada persenyawaan berlaku, lapisan endometrium yang dipenuhi dengan saluran darah ini akan runtuh...
 maka darah bersama-sama dengan kandungan dinding endometrium yang runtuh ini akan keluar sebagai darah haid....


kalau ikutkan chart BBT mama, hari subur mama jatuh pada CD15....
sekarang dah CD18....bermakna dah 3 hari mama dalam fasa luteal...
fasa inilah yang perlu mama berhati2...
mengharapkan agar berlakunya penempelan yang kukuh...
mengharapkan hormon progesterone mama meningkat tinggi...
mengharapkan suhu badan mama sentiasa mencanak naik...
mengharapkan kandungan HCG mama tinggi yang boleh menghasilkan dua garisan...
yang sentiasa dinanti2kan dan diidam2kan oleh setiap pasangan hidup...
terutama sekali mamarindu...




Ya Allah, jika rezekiku masih di langit, turunkanlah....

dan jika di dalam bumi, keluarkanlah....

 jika sukar, permudahkanlah....

jika haram, sucikanlah ....

 jika jauh, dekatkanlah....



Amin...Ya Rabbal A'lamin....



Salam TTC...



4 comments:

  1. Mamarindu...Firstly, tq di ats perkongsian info yg berguna ini. Ada quest yg ingin sy tny sbb sy pOn kurang pasti.

    Adakah endomentrium erti kata lainnya dinding rahim? Lately, my doc ada kata, ''dinding rahim awk dah tebal dan mampu utk proses penempelan telor'' - kalo nak banding dgn sebelum ni dinding rahim sy sgt nipis dan tak mampu utk proses penempelan telor. Adakah perkara yg sama dimaksudkan oleh mamarindu dan my doc??

    ReplyDelete
  2. Hi umaira...benar....endomentrium tu juge dkenali dinding rahim...slalu klu mama wat tvs...doc akk bgtau endo mama tebal atau nipis....mmg endo pon memainkan pranan yg sgt pnting untuk blakunya lekatan janin....wlupon endo tebal tp kena ade hrmin progesterone yg tggi jugak bg mmbntu kite hamil....

    ReplyDelete
    Replies
    1. owwhhh..okay. Masa doc kata endo sy tebal sy sgt teruja. tak pernah mcm seblm2 ni. mungkin usaha sy lakukan masa tu..makan habbatulsauda + madu asli.

      Delete
  3. Mamarindu mcm mne nk thu pgiraan luteal

    ReplyDelete